Rabu, Jun 17, 2009

Tanggungjawab Rakyat Terhadap Pemerintah

Pendahuluan
� Kebanyakan orang sering mempersoalkan tanggungjawab dan peranan kerajaan (pemerintah) terhadap rakyat. Namun, apakah pula tanggungjawab rakyat kepada pemerintah?
Kewajipan Mentaati Pemerintah
� Selain tanggung jawab individu bagi Muslim dan Muslimah dalam habluminallah, Allah menjelaskan tanggung jawab utama rakyat terhadap kerajaan, antaranya :
a. Firman Allah swt dalam surah An�Nisa�, ayat 59 :
�Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah SWT dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulul Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu...�
b. Imam Muslim, Abu Daud, An�Nasa�i dan Ibnu Majah meriwayatkan Rasulullah saw bersabda :
�Wajib ke atas setiap muslim patuh dan taat kepada pemerintah sama ada dia suka atau tidak dan selama mana dia tidak diperintah melakukan maksiat. Sekiranya dia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat.�
dan
�Sesiapa yang taat kepadaku bererti dia taat kepada Allah s.w.t., sesiapa yang taat kepada pemerintah bererti ia taat kepadaku dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bererti ia derhaka kepadaku.�
c. Imam Abu Yaala pernah berkata :
�Apabila pemerintah telah melaksanakan tanggungjawab terhadap umat, maka wajiblah ke atas umat itu melaksanakan dua perkara iaitu taat dan menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya�
Kesimpulan
� Daripada nas-nas dan dalil-dalil yang diberikan, jelas sekali setiap rakyat mempunyai tanggungjawab kepada pemerintahnya.
Kewajipan utama rakyat kepada kerajaan ialah mentaati suruhan pemerintah selagi perintah itu bukan melakukan maksiat.
� Rakyat wajib memberi sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada setiap dasar dan agenda pemerintah seperti pendidikan, pembangunan dan kemajuan negara.
� Ketaatan rakyat terhadap pemerintah telah membuahkan banyak manfaat kepada rakyat dan agama Islam.
Contohnya : kerajaan mewajibkan ibu bapa dan penjaga mendaftarkan anak untuk bersekolah apabila berusia tujuh tahun, pengguna jalan raya mengikut undang-undang lalu lintas, melarang orang Islam berjudi, menanam, memiliki, mengedar dan menagih dadah, melarang mencuri, memfitnah, memalukan orang lain, merosakkan harta benda awam dan mencemar alam sekitar.
� Sebab itu pernah berlaku apabila pemimpin jemaah Tabligh dari India datang ke Malaysia ditanya oleh ahlinya apakah wajar Kerajaan BN diundi dalam pilihan raya, pemimpin itu bertanya kembali.
Adakah kerajaan sekarang menghalang kita (jemaah Tabligh) dari melaksanakan dakwah? Oleh kerana Kerajaan BN tidak menghalang tugas jemaah Tabligh, maka Kerajaan BN boleh disokong dan terus dipilih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan