Khamis, Ogos 13, 2009

Sehati berdansa….................hingga lupa Genting Highlands kena gadai




Inilah masalahnya adakala bila terlampau gairah nak bercakap kita lupa pada sejarah hidup yang pernah dilalui.Ada sebilangan pembaca yang menelefon Agendadaily mempersoalkan tentang tulisan terbaru Datuk seri Anwar Ibrahim dilaman blognya.

Tulisannya itu antara lain untuk mempertahankan dirinya yang didakwa pengkhianat Melayu.

“Rakyat sedar siapa yang sebenar-benarnya mengkhianati amanah nusa dan harapan rakyat negara ini. Mereka sudah tentu tidak lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen. Itu semua dilakukan hanya demi kepentingan sendiri.”itulah kata Anwar.

Kebanyakan pembaca memberi komen bernada menyindir khususnya menyangkut bab Genting Highlands.

Kata salah seorang darinya mungkin budak-budak mentah yang baru masuk PKR tidak sedar dan mungkin tidak tahu yang Penasihat parti mereka itu pernah berdansa riang ria dengan anak mendiang tauke Genting Highlands,Lim Goh Tong dalam satu majlis semasa beliau di puncak kuasa dalam Barisan Nasional dulu.

“Kenapa waktu Anwar yang tengah khayal dengan kuasa itu dia tidak terfikir nak bercakap macam dia cakap hari ini.Seronok menari sampai lupa perjuangan kot.Cukup-cukuplah tu, budak-budak baru bolehlah kamu temberang,”katanya.

Seorang lagi pembaca mengajak semua orang melihat ‘sandiwara’ Anwar seterusnya.Pembaca itu yang mengaku dirinya orang seangkatan dengan Anwar masa dalam UMNO dulu dakwa mereka tahu banyak tentang gelagatnya.

“Cuma malas nak cerita.Sekarang dia hentam bab kroni tapi zaman dia berkuasa dia juga galak mengatur kroni.Cuba tanya berapa ramai Ketua UMNO Bahagian yang ‘dapat nikmat’ masa dia nak rebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dari Tun Ghafar pada tahun 1993 .Sekarang dia hentam politik wang.”

Pembaca yang lain pula berkata mengimbas kembali sewaktu Anwar dalam UMNO dengan apa yang dicakapnya hari ini sering membuatnya tertawa.

“Dia fikir dia boleh perbodohkan semua orang ke?Saya tidak pernah lupa dan saya yakin ramai orang yang masih ingat kata-katanya yang memperlekehkan pembangkang dengan segala macam cara waktu itu.

“Sekarang dia cakap tentang Genting Highland kena gadai.Kita nak tanya berapa lama dia dalam kerajaan dan berapa lama dia jadi Menteri Kewangan dan berapa lama dia jadi Timbalan Perdana Menteri.

“Seingat saya waktu itu tidak pernah pun dia cakap itu ini kena gadai.Lainah kalau dia tak pernah duduk dalam kerajaan. “Sudahlah Anwar …..”-11/8/2009

Jumaat, Ogos 07, 2009

SATU PANDANGAN ISU I.S.A.(Untuk kita bincang-bincangkan)

SATU PANDANGAN ISU I.S.A.(Untuk kita bincang-bincangkan)

KEKAL, MANSUH ATAU PINDA? (6/8/09)
Dari Meja Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Demonstrasi jalanan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada hari Sabtu lepas telah menyemarakkan lagi perdebatan mengenai akta ini.

Pada asasnya, saya menyokong keputusan Kerajaan untuk mengkaji semula ISA agar sesuai dengan keperluan semasa, sepertimana yang saya sebut sewaktu membincangkan ISA dalam rancangan 101 East di saluran Al-Jazeera (tayangan dijadualkan Khamis, 8.30 malam).

Pertama sekali, perlu ditegaskan bahawa Malaysia memerlukan mekanisme penahanan pencegahan (preventive detention), dalam erti kata seseorang individu boleh ditangkap dan ditahan bagi mengelakkan kesalahan atau jenayah yang belum diperlakukan, sebagai salah satu usaha pengurusan ketenteraman secara proaktif.

Dalam pada dunia mengalami ancaman ekstrimis dan pengganas, ditambah pula dengan sensitiviti unik dalam negara Malaysia yang berbilang kaum, kita tidak boleh menanti sesuatu bencana terjadi sebelum mengambil tindakan.

Oleh itu, saya yakin rakyat Malaysia sejagat boleh memahami peri pentingnya kuasa sebegini diberi kepada Kerajaan.

Walau bagaimanapun, agenda keselamatan dalam negeri perlu juga diimbangi dengan tuntutan demokrasi, yakni hak asasi manusia, kebebasan sivil dan keadilan.

Maka, ISA atau sebarang undang-undangpencegahan tidak boleh sama sekali digunakan untuk menghentikan bantahan yang sah (legitimate dissent) atau melenyapkan cabaran politik dengan cara 'mudah'.

Dalam erti kata lain, agenda keselamatan negara tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk kepentingan politik mana-mana pihak. Antara lain, skop definisi ancaman keselamatan kepada negara perlu diperketatkan untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa ISA.

Selari dengan komitmen untuk memartabatkan sistem demokrasi negara, UMNO dan BN peka kepada kemahuan ramai di kalangan generasi muda yang tidak selesa dengan ISA.

Saya tidak bersetuju kita melabelkan golongan ini sebagai buta sejarah atau seolah-olah memecah-belahkan bangsa Melayu semata-mata tentangan mereka terhadap ISA; sebaliknya kita perlu mendengar dan memahami pandangan mereka sejajar dengan proses pembaharuan yang ingin dijalankan parti dan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Oleh sebab itulah maka kita harus mengkaji dan menghalusi ISA agar mengambil kira pertimbangan dan juga pandangan dari masyarakat umum.

Saya ingin mengambil pendekatan yang lebih konstruktif dan membina di dalam perdebatan mengenai ISA dan menyoal akan hala tuju peruntukan undang-undang ini – samaada mahu dikekal, dimansuh atau dipinda?

Dalam konteks ini, saya berpendapat bahawa YAB Perdana Menteri telah memberi isyarat yang jelas bahawa akta ini tidak harus dikekalkan sepertimana ia sekarang. Samaada ISA akan dipinda atau diganti dengan suatu peruntukan undang-undang yang baru adalah satu keputusan politik.

Dalam hal ini, ada kemungkinan yang ISA ini sudah penuh dan sarat dengan beban politik yang menuntut satu penghijrahan dari legasi lampau.

Oleh sebab itu, selain dari pindaan kepada ISA satu pendekatan adalah dengan memansuh dan menggantikannya dengan suatu akta penahanan pencegahan yang mengimbangi aspek keselamatan negara serta hak asasi dan kebebasan rakyat, melalui proses penggubalan undang-undang yang merangkumi konsultasi dan maklum balas dari masyarakat umum.

Namun, sebelum itu, beberapa isu penting berkenaan peruntukan sedia ada harus diambil kira dan diberi perhatian terlebih dahulu termasuklah aspek paling hangat dibahas mengenai ISA, iaitu berkenaan kuasa yang diberikan kepada Kerajaan untuk menahan seseorang tanpa perlu dibicara.

Secara khususnya, saya mendapati bahawa ramai yang kurang selesa dengan kuasa mutlak Menteri Dalam Negeri di bawah seksyen 8 akta tersebut untuk menandatangani arahan penahanan selama dua tahun – dan boleh diperbaharui setiap dua tahun - tanpa perlu melalui proses semakan kehakiman atau ‘judicial review’.

Khususnya, selepas pindaan kepada ISA pada tahun 1989, perintah tahanan Menteri Dalam Negeri langsung tidak boleh disemak oleh mahkamah.

Hasilnya, Menteri Dalam Negeri secara teori boleh menahan seseorang itu untuk jangkamasa yang panjang kerana Lembaga Penasihat yang diperuntukkan oleh ISA untuk mengkaji status tahanan tidak mempunyai kuasa untuk menidakkan keputusan Menteri.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya ada yang tidak selesa dengan kuasa hampir mutlak yang diberikan kepada seorang Menteri – tidak kira siapa pun yang memegang portfolio itu – untuk menahan seseorang tanpa perbicaraan.

Bagi memastikan bahawa individu yang ditahan kerana disyaki ancaman kepada keselamatan negara mendapat perbicaraan yang adil dan tidak disimpan bertahun-tahun tanpa diberi peluang untuk membela diri, sistem kehakiman perlu diberi ruang untuk mengadili kes-kes sebegini.

Namun, memandangkan banyak ancaman keselamatan negara ini berkisar hal-hal sensitif yang tidak mungkin boleh dikendalikan dengan kaedah biasa seperti kes-kes yang melibatkan maklumat dari badan-badan risikan, barangkali ada baiknya jika mahkamah khas disediakan untuk mengadili kes sedemikian melalui perbicaraan tertutup (in camera), misalnya.

Di samping itu, seksyen 73 ISA membenarkan seseorang individu ditangkap oleh Polis dan dihalang dari berhubung dengan dunia luar - kadangkala keluarga si tahanan juga tidak dimaklumkan tentang penangkapan itu sendiri inikan lagi tempat di mana individu itu ditahan.

Malah, hak mendapat khidmat peguam juga tidak dijamin. Sungguhpun terdapat kes di mana tahanan ISA dibebaskan oleh mahkamah melaui permohonan habeas corpus, kebanyakan kes ini terhad kepada skop permohonan yang terbatas kepada isu-isu prosedur penangkapan sahaja dan tidak mencakupi semakan kehakiman mengenai sebab-sebab dan asas penangkapan.

Di sini, saya percaya perlu ada pembaharuan supaya khidmat guaman diberi kepada mereka yang ditangkap bawah ISA di samping kelonggaran untuk berhubung dengan anggota keluarga.

Ini adalah antara cadangan yang boleh dibincangkan demi kebaikan bersama dan untuk menyelesaikan kemelut kontroversi ISA.

Pada hemat saya, demonstrasi pada hari Sabtu lepas langsung tidak memberi impak positif kepada perbincangan ini kerana hanya menuntut pemansuhan mutlak ISA tanpa menyumbang apa-apa cadangan realistik yang mengimbangi tuntutan demokrasi dan keselamatan negara yang memerlukan kuasa penahanan pencegahan.

Jika kita ingin budaya masyarakat terbuka sejajar dengan kematangan berpolitik yang jitu, maka semua pihak perlu mengambil tanggungjawab dengan menaikkan mutu perdebatan kita.

Tidak lagi boleh kita mengambil pendirian yang mudah - yakni mutlak pro atau anti ISA. Sebaliknya kita perlu kepada satu pendirian yang lebih matang, syumul dan kompleks yang mengambil kira segala keperluan demi kebaikan rakyat.

Selasa, Julai 28, 2009

Pemuda Setiawangsa

Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
1 Ogos 2009
8.30 pagi
Hotel Nikko Kuala Lumpur

Rabu, Julai 22, 2009

Idola Rakyat Perak Yang Semakin .............................?????




Surah AlImraan ayat 118
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
Surah Al-Imraan ayat 78
Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
Surah AlImran ayat 28
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Selasa, Jun 30, 2009

TOLERANSI UMNO SELAMATKAN NEGARA - Siew sin

Perlu saya katakan bahawa saya amat kagum dengan kemuliaan dan sikap bertolak - ansur pemimpin - pemimpin UMNO. Lagi pun ini juga adalah isu - isu yang sangat penting bagi mereka dan dalam keadaan getir begitu mereka boleh bertolak - ansur dan berpandangan jauh.

"Maka saya dengan ini akan memberi sokongan sepenuhnya kepada anda dan UMNO sehingga akhir hayat saya kerana anda dan rakan - rakan telah menunjukan keikhlasan yang tidak berbelah bagi semasa melalui ujian getir itu. Anda telah buktikannya dengan tindakan anda. Kami semua tidak mampu untuk meminta lebih dari itu."

Corak kepimpinan anda yang sangat menakjubkan telah menukar pandangan saya dan ramai kaum cina yang lain . tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa jika bukan kerana anda yang telah memimpin Parti Perikatan dari awal Kemerdekaan , sejarah Melaya yang kemudiannya menjadi Malaysia Sudah tentu berbeza..........Mendiang Tun Tan Siew Sin - Bekas Menteri Kewangan Malaysia.........

Khamis, Jun 25, 2009

INIKAH YANG ANDA HARAPKAN

Khamis, 2009 Jun 25

Istiqamah Tuan Guru Nik Aziz - ADAKAH ISLAM AKAN TERBELA DI BAWAH PAKATAN ?

Tok Guru kata hanya ada satu kerajaan perpaduan iaitu apa yang telah diputuskan dalam muktamar di Ipoh. Dia hanya BERISTIQAMAH mengenai keputusan yang dicapai dalam muktamar tersebut.

ISTIQAMAH adalah bermaksud TETAP DENGAN PENDIRIAN WALAUPUN APA YANG TERJADI DAN WALAUPUN DILAMBUNG OMBAK SEBESAR GUNUNG EVEREST.

Kita memang hormatlah akan pendirian Tok Guru tadi. Ia melambangkan sikap seorang muslim sejati iaitu berpegang teguh kepada janji. Walupun kita tidak pasti apa sebenarnya intipati perjanjian tersebut. Dan perjanjian yang dibuat mestilah ada syarat syaratnya yang tidak didedahkan kepada umum. Mana ada perjanjian ada syarat apa apa lebih lebih lagi jika berjanji untuk membentuk sebuah negara.

Tapi bagaimana pula jika janji janji yang dibuat diatas perkara perkara yang salah? Bagaimana pula janji janji yang dibuat diatas kemungkaran? Dan bagaimana pula janji yang dibuat bakal menghancurkan sesama bangsa yang mengucap dua kalimah sahadah? Apakah kita masih diwajibkan beristiqamah keatas perkara perkara yang batil? Kita tidak tahu mengenai hukum tersebut. Mungkin Tok Guru ada hukum lain berkenaan itu.

Tok Guru mungkin akan kata keputusan untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR adalah sesuatu yang baik dan tidak akan memudaratkan keseluruhan umat Islam dan bangsa Melayu. Kerana kita akan ‘mengIslamkan’ DAP dan sekutu sekutu bukan Islam didalam PKR. Dalam ertikata lain DAP akan bersetuju dengan agenda negara Islam dan hukum hudud yang akan diperkenalkan olih PAS. Apa benarkah itu?

Dah lebih 50 tahun DAP tidak pernah bersetuju dengan agenda negara Islam PAS. Apakah yang membuatkan pemimpin PAS benar benar yakin yang mereka akan menerimanya kali ini. Apakah PAS merasakan Tuan Guru Haji Hadi akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya ke Putra Jaya? Apakah pemimpin PAS begitu yakin yang agenda negara Islam mereka telah diterima hanya dengan berpandukan bendera PAS telah dikibarkan oleh ahli ahli DAP dalam PRU yang lepas?

Tidakkah PAS meneliti siapakah yang berada dalam kelab penyokong PAS di seluruh negara? Sebab kita merasa sedikit pelik bila mereka buat kenyataan membantah PAS nak berbaik baik dengan sesama Islam. Apakah hak mereka disisi Islam untuk berbuat demikian?Mereka ini patut masuk Islam dan berjuang dalam PAS. Esok esok ada pulak orang Melayu/Islam tubuh kelab penyokong DAP.

Pas harus sedar diri yang perlantikan Nizar sebagai Menteri Besar Perak adalah kerana DAP tidak mempunyai adun Melayu dan undang undang tubuh Negeri Perak memerlukan seorang Melayu sebagai menteri besar tanpa ada timbalan menteri besar.PKR pula tidak mempunyai adun Melayu yang berwibawa dan berpendidikkan tinggi untuk dilantik sebagai menteri besar.Dan kita sedia maklum selama 11 bulan yang lalu siapa yang membuat keputusan penting di dalam pentadbiran di Perak.

Di Selangor pula yang menyaksikan adun PAS tidak dilantik sebagai menteri besar atau pun exco kanan walaupun ahli ahli akar umbi PAS begitu yakin PAS akan memegang salah satu jawatan tersebut. YB Hasan Ali telah disebut sebut akan dilantik ke salah satu jawatan tersebut kerana ia dilihat sangat berwibawa tetapi malangnya ia diberi potfolio agama Islam yang mentadbir hal ehwal agama Islam. Sedangkan portfolio penting diisi oleh kalangan adun DAP dan PKR.

Jadi apakah PAS yakin mereka akan diberikan jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan atau Menteri Kehakiman?.

Tidak mustahil satu hari nanti PAS akan ditendang keluar dari ‘Kerajaan Pakatan’ kerana kerenah Negara Islam dan Hukum Hudud yang mereka perjuangkan. Baru saja Haji Hadi bersuara tentang rundingan perpaduan, Karpal Singh dah nak tendang PAS keluar. Apabila DAP tegur PAS mengenai pengharaman SIS, PAS Shah Alam dah kelam kabut. Kita amat menyedari bahawa ADUN PAS dalam Kerajaan Selangor memendam rasa dan percayalah satu hari nanti bom PAS ini akan meletup di Selangor.

Huluran tangan UMNO di lihat sebagai huluran tangan syaitan hanyalah kerana dendam kasumat yang tak habis habis. Huluran tangan perpaduan DAP adalah penoh dengan syarat yang berlapis lapis dan dilapik dengan undang undang ‘Common Law’ British bukan undang undang Islam yang PAS perjuangkan. Jangan lupa DAP dipenuhi dengan pemimpin pemimpin lulusan undang undang dan PAS tidak akan berupaya untuk melawan putar belit peguam peguam DAP. Pada masa itu PKR tidak akan membantu PAS kerana struktur berbilang kaum yang ada dalam parti itu..

Apa yang diaturkan oleh DSAI adalah tolak ansur politik dan ianya tiada kene mengena dengan prinsip yang PAS perjuangkan. Tidak mustahil suatu hari nanti DSAI dan kroni kroninya dalam PAS akan membubarkan PAS dan bergabung dalam PKR untuk memudahkan kerjanya. Lihatlah apa yang terjadi pada PRM. Inilah yang dinamakan pecah dan perintah. Tok guru sibuk suruh bubarkan UMNO tiba tiba PAS pulak yang terbubar dan masuk PKR. Dalam politik segalanya berkemungkinan.

Tiada kejujuran hakiki dalam politik dan sejahat jahat UMNO mereka tetap mendoakan dan menyedekah Al fatihah apabila pemimpin PAS telah bersemadi kelak kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah sepertimana yang dilakukan olih MP MP UMNO di parlimen semasa permergian Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dahulu. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan roh roh orang orang yang dikasihiNya. Amin.




Isnin, Jun 22, 2009

Khutbah Jumaat Bertukar Ceramah Politik Maki Hamun Di Manik Urai

Kota Bharu -- Pemuda UMNO amat kesal dengan tindakan Pas menggunakan mimbar Jumaat untuk kempen pilihanraya kecil Manik Urai Julai ini kerana ianya seolah-olah menyalahgunakan tempat beribadat demi kepentingan mereka.

Pengerusi Biro Agamanya, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata perkara itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia boleh mencemarkan imej, kemuliaan dan kesucian agama Islam itu sendiri.

Tegas beliau masjid bukanlah tempat untuk ahli-ahli politik beradu kekuatan, medan untuk memaki hamun serta tempat untuk bertempur bagi berebut kuasa dan kedudukan sesama umat Islam.

"Kita amat kesal dengan apa yang di Masjid Mukim Sungai Peria, Kuala Krai dalam sesi khutbah Jumaat minggu lepas yang disampaikan oleh ‘Ustaz Budak’.

"Penggunaan bahasa kesat dan tidak senonoh seperti ‘wa, wa, wa nunnn… bulan’, ‘mapus muu… tong sampah, binatang’ seolah-olah ceramah umum biasa dan menghina para jemaah yang tidak mengikut kepimpinan mereka.

"Akibat khutbah yang begitu hebat menghentam kerajaan pusat dan seolah-olah ceramah umum, ada seorang jemaah yang taksub dan menyahut khutbah dengan perkataan “oooooooo”. ini khutbah Jumaat atau ceramah", soalnya.

Menurut beliau lagi, apa yang lebih mendukacitakan ialah pada sesi khutbah kedua khatib tidak membacakan doa terhadap DYMM Sultan Kelantan yang sedang gering ketika ini.

"Pada sesi itu, khatib hanya mendoakan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Kecil Manik Urai nanti.

"Justeru kita menggesa Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), JAKIM, Pihak Istana dan pihak-pihak yang berwajib, agar menyiasat kes membabitkan penyalahgunaan masjid untuk tujuan kempen pilihanraya.

"Sekiranya ia didapati benar, kita mendesak agar satu tindakan tegas diambil, demi untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan umat Islam, di samping ia juga sebagai pengajaran kepada parti politik seperti Pas untuk tidak mengulanginya pada masa yang akan datang", katanya.

Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya mengakui masjid di zaman Rasulullah dan zaman sahabat, merupakan pusat kegiatan politik dan pentadbiran kerajaan serta pusat kegiatan ummah pada masa itu.

"Ya, kami akui perkara itu adalah benar. Tetapi politik yang dibawa oleh Rasulullah dan para sahabat adalah politik Islam, politik berasaskan iman dan taqwa kepada Allah, politik yang suci bersih daripada amalan jahiliyah, politik ke arah penyatuan dan perpaduan ummah, manakala politik yang dibawa oleh Pas jauh bezanya dengan politik Rasulullah.

"Pas menggunakan kaedah ‘Matlamat Menghalalkan Cara’, iaitu politik jahiliyah yang membelakangi sunnah, politik yang membawa perpecahan, bahkan anti perpaduan sesama Islam, politik Pas berasaskan teori Machievelli, segala perkara yang diharamkan Allah untuk dilakukan dalam masjid, dihalalkan oleh pihak Pas.

"Islam mengharamkan kutuk mengutuk, hina menghina, mengherdik, caci maki, sindir menyindir, membongkarkan rahsia dan keaiban sesama Islam, tetapi ia menjadi amalan dan budaya Jahiliyah Pas, lebih-lebih lagi ia dilakukan dalam khutbah Jumaat", ujarnya.

Pentadbiran BN Bukan Permainan Politik

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Barisan Nasional (BN) yang menjadi tunjang kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan sejak kemerdekaan negara dicapai, telah membuktikan bahawa percaturan dalam setiap agenda bukanlah permainan politik sebaliknya kesungguhan sebagai sebuah kerajaan.

Apa yang pasti, setiap aspek yang dilakukan oleh BN sejak lebih 50 tahun lalu bukanlah satu sandiwara seperti mana yang selalu diperbesarkan oleh pihak pembangkang.

Dalam bercakap mengenai kerajaan dan pentadbiran BN, fikirlah dari akal yang waras dan logik fikiran tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik pun yang wujud dalam negara ini.

Nilailah sendiri, apa yang berlaku kepada rakyat dan tanah air sejak sebelum kemerdekaan hinggalah kepada perjuangannya yang membawa kepada nikmat untuk sama-sama dirasai hari ini.

Paling mudah, lihat sahaja kemudahan dan prasarana yang disediakan oleh Kerajaan BN yang ditunjangi UMNO. Bukan sahaja kemudahan pendidikan dari peringkat pra sekolah hinggalah ke menara gading sama ada di dalam atau diluar negara tetapi juga; kemudahan kesihatan yang bertaraf negara maju dapat diwujudkan di samping jaminan keselamatan untuk bersosial walaupun dilingkari kehidupan pelbagai bangsa, berbeza budaya dan agama serta bercanggah idealogi.

Dalam hal ini, tanggungjawab dan amanah yang tergalas di bahu BN tidak pernah gagal dimanifestasikan malahan BN tidak gentar berdepan dengan segala macam realiti biarpun selalunya setiap kelemahan akan dimanipulasikan oleh pihak pembangkang.

Tidak kiralah parti mana sekalipun; yakni PAS, DAP dan PKR sendiri tidak pernah mahu menghargai sumbangan Kerajaan iaitu BN sekalipun turut menerima limpahan nikmat yang sama dengan rakyat lain.

Kebertanggungjawaban BN sesungguhnya pernah diakui sendiri oleh oleh PAS yang selama ini banyak menimbulkan fitnah, provokasi dan manipulasi terhadap UMNO/BN.

Buktinya, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50 lalu melihat bahawa ada kebaikan dalam kerajaan sekarang ini sesungguhnya mengakui realiti sebenar apa yang berlaku dalam negara.

Lantaran itu, tidak hairanlah sekiranya para pemimpin tertinggi dalam parti pembangkang tersebut meminta pemimpin dan ahli PAS melihat kekuatan serta kejayaan UMNO/BN khususnya kekuatan kerajaan sekarang menguruskan ekonomi dan polisi.

Namun demikian, lantaran kedudukan mereka sebagai pembangkang, PAS enggan mengakuinya secara terbuka sebaliknya hanya berani menyuarakan di dalam persidangan mereka sendiri dengan khalayak yang juga hanya di kalangan mereka tanpa berani berdepan dengan realiti.

Mungkin juga para pembangkang malu untuk menerima hakikat atas apa yang berlaku dalam negara apatah lagi mereka adalah antara parti pembangkang utama yang banyak menyelar langkah kerajaan selain memanipulasikan setiap apa yang diwujudkan oleh UMNO/BN sendiri.

Apa yang pasti, BN tidak pernah mengambil endah setiap tuduhan liar termasuk provokasi dan retorik politik para pembangkang kerana sedar bahawa amanah rakyat lebih besar khususnya dalam hal kebajikan, keselamatan dan kesinambungan kesejahteraan negara.

Rabu, Jun 17, 2009

SEKRETARIAT HAL EHWAL BANDAR (SHEB) PEMUDA UMNO

MEMBELA & MEMBAWA SUARA MASYARAKAT BANDAR "RAKYAT DIUTAMAKAN

1. Membantu menaikkan taraf hidup masyarakat bandar

2. Mengembalikan warisan

3. Merancang dan mewujudkan program2 bagi mengatasi dan mengenal pasti masalah sosial masyarakat bandar

4. Membantu dan memastikan keselamatan kehidupan penduduk bandar dlm konteks kemudahan dan persekitaran

5. Bertindak sebagai pengantara agensi berkaitan

6. Menjadi PENDESAK kepada masaalah masyarakat terhadap pihak yang bertanggung jawab

Tanggungjawab Rakyat Terhadap Pemerintah

Pendahuluan
� Kebanyakan orang sering mempersoalkan tanggungjawab dan peranan kerajaan (pemerintah) terhadap rakyat. Namun, apakah pula tanggungjawab rakyat kepada pemerintah?
Kewajipan Mentaati Pemerintah
� Selain tanggung jawab individu bagi Muslim dan Muslimah dalam habluminallah, Allah menjelaskan tanggung jawab utama rakyat terhadap kerajaan, antaranya :
a. Firman Allah swt dalam surah An�Nisa�, ayat 59 :
�Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah SWT dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulul Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu...�
b. Imam Muslim, Abu Daud, An�Nasa�i dan Ibnu Majah meriwayatkan Rasulullah saw bersabda :
�Wajib ke atas setiap muslim patuh dan taat kepada pemerintah sama ada dia suka atau tidak dan selama mana dia tidak diperintah melakukan maksiat. Sekiranya dia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat.�
dan
�Sesiapa yang taat kepadaku bererti dia taat kepada Allah s.w.t., sesiapa yang taat kepada pemerintah bererti ia taat kepadaku dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bererti ia derhaka kepadaku.�
c. Imam Abu Yaala pernah berkata :
�Apabila pemerintah telah melaksanakan tanggungjawab terhadap umat, maka wajiblah ke atas umat itu melaksanakan dua perkara iaitu taat dan menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya�
Kesimpulan
� Daripada nas-nas dan dalil-dalil yang diberikan, jelas sekali setiap rakyat mempunyai tanggungjawab kepada pemerintahnya.
Kewajipan utama rakyat kepada kerajaan ialah mentaati suruhan pemerintah selagi perintah itu bukan melakukan maksiat.
� Rakyat wajib memberi sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada setiap dasar dan agenda pemerintah seperti pendidikan, pembangunan dan kemajuan negara.
� Ketaatan rakyat terhadap pemerintah telah membuahkan banyak manfaat kepada rakyat dan agama Islam.
Contohnya : kerajaan mewajibkan ibu bapa dan penjaga mendaftarkan anak untuk bersekolah apabila berusia tujuh tahun, pengguna jalan raya mengikut undang-undang lalu lintas, melarang orang Islam berjudi, menanam, memiliki, mengedar dan menagih dadah, melarang mencuri, memfitnah, memalukan orang lain, merosakkan harta benda awam dan mencemar alam sekitar.
� Sebab itu pernah berlaku apabila pemimpin jemaah Tabligh dari India datang ke Malaysia ditanya oleh ahlinya apakah wajar Kerajaan BN diundi dalam pilihan raya, pemimpin itu bertanya kembali.
Adakah kerajaan sekarang menghalang kita (jemaah Tabligh) dari melaksanakan dakwah? Oleh kerana Kerajaan BN tidak menghalang tugas jemaah Tabligh, maka Kerajaan BN boleh disokong dan terus dipilih.