Khamis, 2009 Jun 25
Istiqamah Tuan Guru Nik Aziz - ADAKAH ISLAM AKAN TERBELA DI BAWAH PAKATAN ?
Tok Guru kata hanya ada satu kerajaan perpaduan iaitu apa yang telah diputuskan dalam muktamar di Ipoh. Dia hanya BERISTIQAMAH mengenai keputusan yang dicapai dalam muktamar tersebut.
ISTIQAMAH adalah bermaksud TETAP DENGAN PENDIRIAN WALAUPUN APA YANG TERJADI DAN WALAUPUN DILAMBUNG OMBAK SEBESAR GUNUNG EVEREST.
Kita memang hormatlah akan pendirian Tok Guru tadi. Ia melambangkan sikap seorang muslim sejati iaitu berpegang teguh kepada janji. Walupun kita tidak pasti apa sebenarnya intipati perjanjian tersebut. Dan perjanjian yang dibuat mestilah ada syarat syaratnya yang tidak didedahkan kepada umum. Mana ada perjanjian ada syarat apa apa lebih lebih lagi jika berjanji untuk membentuk sebuah negara.
Tapi bagaimana pula jika janji janji yang dibuat diatas perkara perkara yang salah? Bagaimana pula janji janji yang dibuat diatas kemungkaran? Dan bagaimana pula janji yang dibuat bakal menghancurkan sesama bangsa yang mengucap dua kalimah sahadah? Apakah kita masih diwajibkan beristiqamah keatas perkara perkara yang batil? Kita tidak tahu mengenai hukum tersebut. Mungkin Tok Guru ada hukum lain berkenaan itu.
Tok Guru mungkin akan kata keputusan untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR adalah sesuatu yang baik dan tidak akan memudaratkan keseluruhan umat Islam dan bangsa Melayu. Kerana kita akan ‘mengIslamkan’ DAP dan sekutu sekutu bukan Islam didalam PKR. Dalam ertikata lain DAP akan bersetuju dengan agenda negara Islam dan hukum hudud yang akan diperkenalkan olih PAS. Apa benarkah itu?
Dah lebih 50 tahun DAP tidak pernah bersetuju dengan agenda negara Islam PAS. Apakah yang membuatkan pemimpin PAS benar benar yakin yang mereka akan menerimanya kali ini. Apakah PAS merasakan Tuan Guru Haji Hadi akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya ke Putra Jaya? Apakah pemimpin PAS begitu yakin yang agenda negara Islam mereka telah diterima hanya dengan berpandukan bendera PAS telah dikibarkan oleh ahli ahli DAP dalam PRU yang lepas?
Tidakkah PAS meneliti siapakah yang berada dalam kelab penyokong PAS di seluruh negara? Sebab kita merasa sedikit pelik bila mereka buat kenyataan membantah PAS nak berbaik baik dengan sesama Islam. Apakah hak mereka disisi Islam untuk berbuat demikian?Mereka ini patut masuk Islam dan berjuang dalam PAS. Esok esok ada pulak orang Melayu/Islam tubuh kelab penyokong DAP.
Pas harus sedar diri yang perlantikan Nizar sebagai Menteri Besar Perak adalah kerana DAP tidak mempunyai adun Melayu dan undang undang tubuh Negeri Perak memerlukan seorang Melayu sebagai menteri besar tanpa ada timbalan menteri besar.PKR pula tidak mempunyai adun Melayu yang berwibawa dan berpendidikkan tinggi untuk dilantik sebagai menteri besar.Dan kita sedia maklum selama 11 bulan yang lalu siapa yang membuat keputusan penting di dalam pentadbiran di Perak.
Di Selangor pula yang menyaksikan adun PAS tidak dilantik sebagai menteri besar atau pun exco kanan walaupun ahli ahli akar umbi PAS begitu yakin PAS akan memegang salah satu jawatan tersebut. YB Hasan Ali telah disebut sebut akan dilantik ke salah satu jawatan tersebut kerana ia dilihat sangat berwibawa tetapi malangnya ia diberi potfolio agama Islam yang mentadbir hal ehwal agama Islam. Sedangkan portfolio penting diisi oleh kalangan adun DAP dan PKR.
Jadi apakah PAS yakin mereka akan diberikan jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan atau Menteri Kehakiman?.
Tidak mustahil satu hari nanti PAS akan ditendang keluar dari ‘Kerajaan Pakatan’ kerana kerenah Negara Islam dan Hukum Hudud yang mereka perjuangkan. Baru saja Haji Hadi bersuara tentang rundingan perpaduan, Karpal Singh dah nak tendang PAS keluar. Apabila DAP tegur PAS mengenai pengharaman SIS, PAS Shah Alam dah kelam kabut. Kita amat menyedari bahawa ADUN PAS dalam Kerajaan Selangor memendam rasa dan percayalah satu hari nanti bom PAS ini akan meletup di Selangor.
Huluran tangan UMNO di lihat sebagai huluran tangan syaitan hanyalah kerana dendam kasumat yang tak habis habis. Huluran tangan perpaduan DAP adalah penoh dengan syarat yang berlapis lapis dan dilapik dengan undang undang ‘Common Law’ British bukan undang undang Islam yang PAS perjuangkan. Jangan lupa DAP dipenuhi dengan pemimpin pemimpin lulusan undang undang dan PAS tidak akan berupaya untuk melawan putar belit peguam peguam DAP. Pada masa itu PKR tidak akan membantu PAS kerana struktur berbilang kaum yang ada dalam parti itu..
Apa yang diaturkan oleh DSAI adalah tolak ansur politik dan ianya tiada kene mengena dengan prinsip yang PAS perjuangkan. Tidak mustahil suatu hari nanti DSAI dan kroni kroninya dalam PAS akan membubarkan PAS dan bergabung dalam PKR untuk memudahkan kerjanya. Lihatlah apa yang terjadi pada PRM. Inilah yang dinamakan pecah dan perintah. Tok guru sibuk suruh bubarkan UMNO tiba tiba PAS pulak yang terbubar dan masuk PKR. Dalam politik segalanya berkemungkinan.
Tiada kejujuran hakiki dalam politik dan sejahat jahat UMNO mereka tetap mendoakan dan menyedekah Al fatihah apabila pemimpin PAS telah bersemadi kelak kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah sepertimana yang dilakukan olih MP MP UMNO di parlimen semasa permergian Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dahulu. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan roh roh orang orang yang dikasihiNya. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan