Selasa, Jun 30, 2009
TOLERANSI UMNO SELAMATKAN NEGARA - Siew sin
"Maka saya dengan ini akan memberi sokongan sepenuhnya kepada anda dan UMNO sehingga akhir hayat saya kerana anda dan rakan - rakan telah menunjukan keikhlasan yang tidak berbelah bagi semasa melalui ujian getir itu. Anda telah buktikannya dengan tindakan anda. Kami semua tidak mampu untuk meminta lebih dari itu."
Corak kepimpinan anda yang sangat menakjubkan telah menukar pandangan saya dan ramai kaum cina yang lain . tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa jika bukan kerana anda yang telah memimpin Parti Perikatan dari awal Kemerdekaan , sejarah Melaya yang kemudiannya menjadi Malaysia Sudah tentu berbeza..........Mendiang Tun Tan Siew Sin - Bekas Menteri Kewangan Malaysia.........
Khamis, Jun 25, 2009
INIKAH YANG ANDA HARAPKAN
Khamis, 2009 Jun 25
Istiqamah Tuan Guru Nik Aziz - ADAKAH ISLAM AKAN TERBELA DI BAWAH PAKATAN ?

ISTIQAMAH adalah bermaksud TETAP DENGAN PENDIRIAN WALAUPUN APA YANG TERJADI DAN WALAUPUN DILAMBUNG OMBAK SEBESAR GUNUNG EVEREST.

Tapi bagaimana pula jika janji janji yang dibuat diatas perkara perkara yang salah? Bagaimana pula janji janji yang dibuat diatas kemungkaran? Dan bagaimana pula janji yang dibuat bakal menghancurkan sesama bangsa yang mengucap dua kalimah sahadah? Apakah kita masih diwajibkan beristiqamah keatas perkara perkara yang batil? Kita tidak tahu mengenai hukum tersebut. Mungkin Tok Guru ada hukum lain berkenaan itu.





Jadi apakah PAS yakin mereka akan diberikan jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan atau Menteri Kehakiman?.

Huluran tangan UMNO di lihat sebagai huluran tangan syaitan hanyalah kerana dendam kasumat yang tak habis habis. Huluran tangan perpaduan DAP adalah penoh dengan syarat yang berlapis lapis dan dilapik dengan undang undang ‘Common Law’ British bukan undang undang Islam yang PAS perjuangkan. Jangan lupa DAP dipenuhi dengan pemimpin pemimpin lulusan undang undang dan PAS tidak akan berupaya untuk melawan putar belit peguam peguam DAP. Pada masa itu PKR tidak akan membantu PAS kerana struktur berbilang kaum yang ada dalam parti itu..


Isnin, Jun 22, 2009
Khutbah Jumaat Bertukar Ceramah Politik Maki Hamun Di Manik Urai
Pengerusi Biro Agamanya, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata perkara itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia boleh mencemarkan imej, kemuliaan dan kesucian agama Islam itu sendiri.
Tegas beliau masjid bukanlah tempat untuk ahli-ahli politik beradu kekuatan, medan untuk memaki hamun serta tempat untuk bertempur bagi berebut kuasa dan kedudukan sesama umat Islam.
"Kita amat kesal dengan apa yang di Masjid Mukim Sungai Peria, Kuala Krai dalam sesi khutbah Jumaat minggu lepas yang disampaikan oleh ‘Ustaz Budak’.
"Penggunaan bahasa kesat dan tidak senonoh seperti ‘wa, wa, wa nunnn… bulan’, ‘mapus muu… tong sampah, binatang’ seolah-olah ceramah umum biasa dan menghina para jemaah yang tidak mengikut kepimpinan mereka.
"Akibat khutbah yang begitu hebat menghentam kerajaan pusat dan seolah-olah ceramah umum, ada seorang jemaah yang taksub dan menyahut khutbah dengan perkataan “oooooooo”. ini khutbah Jumaat atau ceramah", soalnya.
Menurut beliau lagi, apa yang lebih mendukacitakan ialah pada sesi khutbah kedua khatib tidak membacakan doa terhadap DYMM Sultan Kelantan yang sedang gering ketika ini.
"Pada sesi itu, khatib hanya mendoakan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Kecil Manik Urai nanti.
"Justeru kita menggesa Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), JAKIM, Pihak Istana dan pihak-pihak yang berwajib, agar menyiasat kes membabitkan penyalahgunaan masjid untuk tujuan kempen pilihanraya.
"Sekiranya ia didapati benar, kita mendesak agar satu tindakan tegas diambil, demi untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan umat Islam, di samping ia juga sebagai pengajaran kepada parti politik seperti Pas untuk tidak mengulanginya pada masa yang akan datang", katanya.
Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya mengakui masjid di zaman Rasulullah dan zaman sahabat, merupakan pusat kegiatan politik dan pentadbiran kerajaan serta pusat kegiatan ummah pada masa itu.
"Ya, kami akui perkara itu adalah benar. Tetapi politik yang dibawa oleh Rasulullah dan para sahabat adalah politik Islam, politik berasaskan iman dan taqwa kepada Allah, politik yang suci bersih daripada amalan jahiliyah, politik ke arah penyatuan dan perpaduan ummah, manakala politik yang dibawa oleh Pas jauh bezanya dengan politik Rasulullah.
"Pas menggunakan kaedah ‘Matlamat Menghalalkan Cara’, iaitu politik jahiliyah yang membelakangi sunnah, politik yang membawa perpecahan, bahkan anti perpaduan sesama Islam, politik Pas berasaskan teori Machievelli, segala perkara yang diharamkan Allah untuk dilakukan dalam masjid, dihalalkan oleh pihak Pas.
"Islam mengharamkan kutuk mengutuk, hina menghina, mengherdik, caci maki, sindir menyindir, membongkarkan rahsia dan keaiban sesama Islam, tetapi ia menjadi amalan dan budaya Jahiliyah Pas, lebih-lebih lagi ia dilakukan dalam khutbah Jumaat", ujarnya.
Pentadbiran BN Bukan Permainan Politik
Apa yang pasti, setiap aspek yang dilakukan oleh BN sejak lebih 50 tahun lalu bukanlah satu sandiwara seperti mana yang selalu diperbesarkan oleh pihak pembangkang.
Dalam bercakap mengenai kerajaan dan pentadbiran BN, fikirlah dari akal yang waras dan logik fikiran tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik pun yang wujud dalam negara ini.
Nilailah sendiri, apa yang berlaku kepada rakyat dan tanah air sejak sebelum kemerdekaan hinggalah kepada perjuangannya yang membawa kepada nikmat untuk sama-sama dirasai hari ini.
Paling mudah, lihat sahaja kemudahan dan prasarana yang disediakan oleh Kerajaan BN yang ditunjangi UMNO. Bukan sahaja kemudahan pendidikan dari peringkat pra sekolah hinggalah ke menara gading sama ada di dalam atau diluar negara tetapi juga; kemudahan kesihatan yang bertaraf negara maju dapat diwujudkan di samping jaminan keselamatan untuk bersosial walaupun dilingkari kehidupan pelbagai bangsa, berbeza budaya dan agama serta bercanggah idealogi.
Dalam hal ini, tanggungjawab dan amanah yang tergalas di bahu BN tidak pernah gagal dimanifestasikan malahan BN tidak gentar berdepan dengan segala macam realiti biarpun selalunya setiap kelemahan akan dimanipulasikan oleh pihak pembangkang.
Tidak kiralah parti mana sekalipun; yakni PAS, DAP dan PKR sendiri tidak pernah mahu menghargai sumbangan Kerajaan iaitu BN sekalipun turut menerima limpahan nikmat yang sama dengan rakyat lain.
Kebertanggungjawaban BN sesungguhnya pernah diakui sendiri oleh oleh PAS yang selama ini banyak menimbulkan fitnah, provokasi dan manipulasi terhadap UMNO/BN.
Buktinya, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50 lalu melihat bahawa ada kebaikan dalam kerajaan sekarang ini sesungguhnya mengakui realiti sebenar apa yang berlaku dalam negara.
Lantaran itu, tidak hairanlah sekiranya para pemimpin tertinggi dalam parti pembangkang tersebut meminta pemimpin dan ahli PAS melihat kekuatan serta kejayaan UMNO/BN khususnya kekuatan kerajaan sekarang menguruskan ekonomi dan polisi.
Namun demikian, lantaran kedudukan mereka sebagai pembangkang, PAS enggan mengakuinya secara terbuka sebaliknya hanya berani menyuarakan di dalam persidangan mereka sendiri dengan khalayak yang juga hanya di kalangan mereka tanpa berani berdepan dengan realiti.
Mungkin juga para pembangkang malu untuk menerima hakikat atas apa yang berlaku dalam negara apatah lagi mereka adalah antara parti pembangkang utama yang banyak menyelar langkah kerajaan selain memanipulasikan setiap apa yang diwujudkan oleh UMNO/BN sendiri.
Apa yang pasti, BN tidak pernah mengambil endah setiap tuduhan liar termasuk provokasi dan retorik politik para pembangkang kerana sedar bahawa amanah rakyat lebih besar khususnya dalam hal kebajikan, keselamatan dan kesinambungan kesejahteraan negara.
Rabu, Jun 17, 2009
SEKRETARIAT HAL EHWAL BANDAR (SHEB) PEMUDA UMNO
1. Membantu menaikkan taraf hidup masyarakat bandar
2. Mengembalikan warisan
3. Merancang dan mewujudkan program2 bagi mengatasi dan mengenal pasti masalah sosial masyarakat bandar
4. Membantu dan memastikan keselamatan kehidupan penduduk bandar dlm konteks kemudahan dan persekitaran
5. Bertindak sebagai pengantara agensi berkaitan
6. Menjadi PENDESAK kepada masaalah masyarakat terhadap pihak yang bertanggung jawab
Tanggungjawab Rakyat Terhadap Pemerintah
� Kebanyakan orang sering mempersoalkan tanggungjawab dan peranan kerajaan (pemerintah) terhadap rakyat. Namun, apakah pula tanggungjawab rakyat kepada pemerintah?
Kewajipan Mentaati Pemerintah
� Selain tanggung jawab individu bagi Muslim dan Muslimah dalam habluminallah, Allah menjelaskan tanggung jawab utama rakyat terhadap kerajaan, antaranya :
a. Firman Allah swt dalam surah An�Nisa�, ayat 59 :
�Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah SWT dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulul Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu...�
b. Imam Muslim, Abu Daud, An�Nasa�i dan Ibnu Majah meriwayatkan Rasulullah saw bersabda :
�Wajib ke atas setiap muslim patuh dan taat kepada pemerintah sama ada dia suka atau tidak dan selama mana dia tidak diperintah melakukan maksiat. Sekiranya dia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat.�
dan
�Sesiapa yang taat kepadaku bererti dia taat kepada Allah s.w.t., sesiapa yang taat kepada pemerintah bererti ia taat kepadaku dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bererti ia derhaka kepadaku.�
c. Imam Abu Yaala pernah berkata :
�Apabila pemerintah telah melaksanakan tanggungjawab terhadap umat, maka wajiblah ke atas umat itu melaksanakan dua perkara iaitu taat dan menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya�
Kesimpulan
� Daripada nas-nas dan dalil-dalil yang diberikan, jelas sekali setiap rakyat mempunyai tanggungjawab kepada pemerintahnya.
Kewajipan utama rakyat kepada kerajaan ialah mentaati suruhan pemerintah selagi perintah itu bukan melakukan maksiat.
� Rakyat wajib memberi sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada setiap dasar dan agenda pemerintah seperti pendidikan, pembangunan dan kemajuan negara.
� Ketaatan rakyat terhadap pemerintah telah membuahkan banyak manfaat kepada rakyat dan agama Islam.
Contohnya : kerajaan mewajibkan ibu bapa dan penjaga mendaftarkan anak untuk bersekolah apabila berusia tujuh tahun, pengguna jalan raya mengikut undang-undang lalu lintas, melarang orang Islam berjudi, menanam, memiliki, mengedar dan menagih dadah, melarang mencuri, memfitnah, memalukan orang lain, merosakkan harta benda awam dan mencemar alam sekitar.
� Sebab itu pernah berlaku apabila pemimpin jemaah Tabligh dari India datang ke Malaysia ditanya oleh ahlinya apakah wajar Kerajaan BN diundi dalam pilihan raya, pemimpin itu bertanya kembali.
Adakah kerajaan sekarang menghalang kita (jemaah Tabligh) dari melaksanakan dakwah? Oleh kerana Kerajaan BN tidak menghalang tugas jemaah Tabligh, maka Kerajaan BN boleh disokong dan terus dipilih.