Isnin, Februari 22, 2010

Desakan Ahli Parlimen Australia gugur kes liwat Anwar….ini pendirian Haji Hadi


Setakat ini tidak dapat dipastikan samaada Datuk Nik Aziz Nik Mat setuju atau tidak… tetapi itulah pendirian Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Presiden PAS itu menyuarakan pandangannya tentang isu desakan 50 Ahli Parlimen Australia agar kerajaan mengugurkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya.

Hadi yang juga Ahli Parlimen kawasan Marang,Terengganu menegaskan beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

Bercakap kepada wartawan selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat Marang Jumaat beliau bagaimanapun berkata PAS tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu.

Beliau mencadangkan agar badan kehakiman negara ini diletakkan di bawah Parlimen atau Majlis Raja-raja bagi mengelak badan itu dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.

"Campur tangan asing tak boleh, tapi dalaman sendiri mesti ada kehebatan," katanya.

Menurutnya Malaysia perlu mengkaji dengan teliti faktor yang mendorong tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia cuba campur tangan dalam kes liwat Anwar.



Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu memperbaiki segala kelemahan mencakupi sistem perundangan dan kehakiman negara ini bagi menjamin keutuhannya sekali gus terselamat daripada menjadi sasaran pihak asing.



"Saya rasa jika kita adil dan ikut konsep yang tepat, kita ada kehebatan dan pihak asing tak berani campur tangan. Mungkin kita ada kelemahan yang beri peluang orang asing campur tangan.”katanya.

Sementara itu,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diminta mengulas pendirian Hadi selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur,berkata,"nampaknya Presiden PAS amat memahami akan keadaan yang sebenarnya bahawa sebagai sebuah negara berdaulat, maka apa yang kita lakukan adalah hak kita.

"Dan mereka dari negara lain perlu mematuhi proses perundangan dan juga peruntukan perlembagaan di mana keluhuran perlembagaan dan keadilan untuk semua serta pengasingan kuasa adalah merupakan tonggak dalam sistem perlembagaan negara dan semua negara mesti menghormatinya tanpa memperlekehkan kita dengan membuat sendaan yang tidak berasas sama sekali."

Najib berkata kenyataan Hadi itu menunjukkan beliau tidak bersetuju dengan pendapat anggota Parlimen Australia itu yang mendakwa bahawa pendakwaan kes liwat terhadap Anwar adalah satu tindakan politik ataupun perbicaraan politik.

"Kita tidak pernah bersikap sedemikian dan kita akan tentukan prinsip adil akan berlaku bagi kesemua yang terlibat termasuk dalam kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita akan dapat perbicaraan yang adil...itu yang akan kita boleh bagi jaminan," katanya

Jumaat, Februari 12, 2010

PKR hilang satu kerusi parlimen… Zahrain umum keluar parti



Retak sudah jadi belah…itu kisahnya bagi senario politik pakatan pembangkang di Pulau Pinang.Ini bila Ahli Parlimen PKR kawasan Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan beliau keluar dari PKR.Beliau membuat pengumuman rasmi itu dalam sidang akhbar khas di sebuah hotel di Petaling Jaya jam 11 pagi Jumaat.Keputusan itu adalah kemuncak krisisnya dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang baru-baru ini didakwanya cauvinis dan berfikiran komunis.Guan Eng pula telah menafikan dakwaanya Zahrain.Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula backing Ketua Menteri itu.Zahrain telah diarah mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR.Dalam pilihanraya umum Mac 2008 Zahrain menewaskan calon BN-MCA Ooi Siew Kim dengan majoriti undi 11,029 undi.Beliau dapat 27,618 undi manakala Ooi 16,589.Zahrain ialah bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang sebelum digantikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman.Di Pulau Pinang dari 13 kerusi parlimen ,Pakatan pembangkang menang 11 kerusi.Dua kerusi yang dimenangi BN ialah Kepala batas dan Tasek Gelugor

Selasa, Februari 09, 2010

Dr Zambry Menteri Besar Perak yang sah...Nizar kata krisis politik Perak belum selesai

Apa yang belum selesai........mahkamah telah putuskan.....bahawa Dr Zamry menteri Besar Perak yang sah...Nizar dah dapat jawatan sebagai ahli parlimen jalankan lah kerja...cuba jikalau keputusan berpihak kepada nizar macam macam tohmahan dilemparkan terhadap BN....BN menang atau kalah kerajaan tetap dikutuk oleh pembangkang juga......kalau Dato' Harunsani Zakaria boleh keluarkan tulis apa yang berlaku di perak orang melayu perak dah mula buka mata.....fikir fikirkan dan cuba baca temu bual melenia bersama Dato' Harunsani Zakaria