Rabu, Disember 29, 2010

Pertandingan 4 Penjuru Bawah 12 Tahun 2010

Pertandingan 4 Penjuru Bawah 12 Tahun 2010

Pertandingan 4 penjuru bawah 12 tahun melibatkan 4 terdiri daripada Pasukan:
  1. Sri Astana FC (Jalan Semarak)
  2. Omeh FC(Setapak Jaya 1A)
  3. Bomba Junior FC (pinggiran Air Jerneh)
  4. All Star FC NGO Jemputan

Pertanding tersebut telah di menangi oleh All Star FC , manakala Omeh FC selaku naib juara. berikut merupakan wajah wajah penyokong, pemain dan ibu bapa pemain Omeh FC(Setapak Jaya 1A) sepanjang pertandingan berlangsung.
















Khamis, Mac 18, 2010

KEJUTAN DI DEWAN RAKYAT-Zahrain londeh pekong Anwar untuk jayakan gerakan 16 September

KEJUTAN DI DEWAN RAKYAT-Zahrain londeh pekong Anwar untuk jayakan gerakan 16 September ….

Ia bagai satu kejutan. Kejadian ini berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang menguasai sidang Dewan Rakyat pada Rabu selama kira-kira tiga jam membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang Dipertuan Agong.


Dewan gamat sekali sekala semasa perbahasannya terutama ketika Anwar bertikam Lidah dengan ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang meminta Anwar menjelaskan isu berdansa dengan seorang wanita yang dikatakan anak tauke judi.


Anwar tidak menjawab isu tersebut dan perbahasan olehnya berakhir kira-kira jam 5 petang Rabu.


Kejutan bermula apabila bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim pula bangun berucap sebagai pembahas kedua atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Bebas..


Tanpa membuang masa dan di luar dugaan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, beliau terus masuk gear lima membuat pendedahan apa yang didakwanya pembohongan pimpinan PKR untuk meyakinkan mereka pasal gerakan 16 September untuk menumbangkan kerajaan BN boleh berjaya.

Katanya beliau terpaksa mengambil langkah berani keluar PKR jadi Ahli Parlimen Bebas kerana keraguan telah menyelubungi pemikiranya pada perjuangan PKR.

Menurut Zahrain beliau sebenarnya tidak berhasrat untuk mengungkit tindakannya keluar PKR tetapi kerana character assignation yang dijalankan keatas dirinya dan keluarganya.

Dakwanya agenda perjuangan PKR kini menjadi agenda peribadi hingga adanya gerakan menawan Putrajaya at all cost.

Beliau mendakwa antaranya mereka dibohongi kononnya jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang hendak melompat sudah mencukupi.

Dakwanya mereka juga diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan pengesahan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi dibolehkan Pakatan rakyat membentuk kerajaan persekutuan.


‘Tembakan’ Zahrain ini menyebabkan ada ahli parlimen pembangkang yang ada di dalam Dewan bangun dan menjerit-jerit marah kearah bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu.


Zahrain tanpa menghiraukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang bangun menganggu pendedahannya itu berkata, “Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam.”


Dakwanya lagi, mereka juga diberitahu bahawa angkatan tentera menyokong mereka.


”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”katanya.

Zahrain mendakwa waktu itu semua Ahli Parlimen pembangkang diminta berada di kawasan masing-masing untuk bersiap sedia kemungkinan mereka amblialih kuasa bila-bila masa saja.


Gobalakrishnan terus bangun mengatakan Zahrain menipu dan menuduhnya membangkitkan perkara itu kerana kecewa permohonan atau tender menguruskan sebuah kelab golf di Bukit Jambul Pulau Pinang tidak dilayan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan syarikat RM2.

Katanya kenapa selepas dua tahun ( lepas pilihanraya umum) baru sekarang bercakap tentang hal itu.

Zahrain menjawabya dengan tegas berkata beliau tidak akan menjual agama,bangsa dan negara kerana tender itu.

Beliau juga mengulangi dakwaanya Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap diktator dan cauvinis.

Dakwannya sikap Guan Eng itu mendapat sokongan Anwar yang kononnya mendakwa juara Islam dan sebagainya.

Beliau juga mendakwa Anwar seorang manusia yang bertopengkan berbagai watak.

Zahrain membangkitkan Penasihat PKR itu satu ketika dulu pernah mengelar Musyridul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan sebagai ‘ ulama terompah”.

Seorang Ahli Parlimen pembangkang lain bangun mempersoalkan jika tuduh Guan Eng begitu mengapa terima pingat ‘ Datuk Seri’ yang direkomen olehnya.

Zahrain menjawab pingat itu diberi oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang bukan Ketua Menteri.

Ketika ini beberapa ahli parlimen BN termasuk dari Kuala Krau Datuk Ismail Mohamad dan Datuk Mohamad Aziz - Sri Gading bangun meminta ahli parlimen pembangkang jangan menganggu Zahrain yang sedang berhujah.

Mereka meminta Zahrain diberi peluang bercakap kerana sebelum ini Anwar sudah dapat bercakap tanpa diganggu selama tiga jam.


Selepas keadaan ditenangkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Bayan Baru itu meneruskan pendedahan kononnya salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga dikatakan sudah bersiap untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap kerajaan Barisan Nasional di Dewan Rakyat.

Katanya begitulah sandiwara pembohongan mereka.


Pendedahan ini terus mencetuskan suasana gamat dan kecoh dalam Dewan Rakyat apabila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang bangun mempertikaikan pendedahan Zahrain manakala dalam masa sama ahli parlimen BN berteriak membantah.


Keadaan menjadi bertambah gamat bila Anwar tiba-tiba kelihatan bersiap hendak keluar dari dewan ketika Zahrain sedang membuat pendedahan.


Anwar bagaimanapun tidak mempedulikan tempik sorak para ahli parlimen BN yang meminta jangan keluar dan dengar pendedahan Zaharain.


Beliau melangkah keluar dari dewan pada 5.10 petang.Zahrain pula teruskan ucapannya.


Menurut Zahrain, sejarah akan membuktikan bahawa kita berdepan dengan sesaorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepetingan politik.


Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan pada tepat jam 5.30 petang.


Zahrain akan menyambung ucapannya esok.


Difahamkan Anwar tidak akan hadir sidang Dewan Rakyat esok kerana akan berlepas ke luar negara malam ini.

Ditemui wartawan di luar dewan,Anwar mendakwa Zahrain berbohong mengenai hal-hal menjelang 16 September itu kerana kecewa mengenai isu syarikat RM2 yang gagal dapat tender kelab golf.


Sementara itu Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin ketika ditemui Agendadaily untuk ditanya apakah pendedahan Zahrain ini merupakan kejutan yang beliau maksudkan bakal meletup di Dewan Rakyat beberapa hari lalu.


”Ini bukan kejutan saya.Saya yang terkejut,”katanya.


Namun katanya apa yang didedahkan oleh Zahrain itu betul

Isnin, Februari 22, 2010

Desakan Ahli Parlimen Australia gugur kes liwat Anwar….ini pendirian Haji Hadi


Setakat ini tidak dapat dipastikan samaada Datuk Nik Aziz Nik Mat setuju atau tidak… tetapi itulah pendirian Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Presiden PAS itu menyuarakan pandangannya tentang isu desakan 50 Ahli Parlimen Australia agar kerajaan mengugurkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya.

Hadi yang juga Ahli Parlimen kawasan Marang,Terengganu menegaskan beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

Bercakap kepada wartawan selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat Marang Jumaat beliau bagaimanapun berkata PAS tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu.

Beliau mencadangkan agar badan kehakiman negara ini diletakkan di bawah Parlimen atau Majlis Raja-raja bagi mengelak badan itu dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.

"Campur tangan asing tak boleh, tapi dalaman sendiri mesti ada kehebatan," katanya.

Menurutnya Malaysia perlu mengkaji dengan teliti faktor yang mendorong tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia cuba campur tangan dalam kes liwat Anwar.



Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu memperbaiki segala kelemahan mencakupi sistem perundangan dan kehakiman negara ini bagi menjamin keutuhannya sekali gus terselamat daripada menjadi sasaran pihak asing.



"Saya rasa jika kita adil dan ikut konsep yang tepat, kita ada kehebatan dan pihak asing tak berani campur tangan. Mungkin kita ada kelemahan yang beri peluang orang asing campur tangan.”katanya.

Sementara itu,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diminta mengulas pendirian Hadi selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur,berkata,"nampaknya Presiden PAS amat memahami akan keadaan yang sebenarnya bahawa sebagai sebuah negara berdaulat, maka apa yang kita lakukan adalah hak kita.

"Dan mereka dari negara lain perlu mematuhi proses perundangan dan juga peruntukan perlembagaan di mana keluhuran perlembagaan dan keadilan untuk semua serta pengasingan kuasa adalah merupakan tonggak dalam sistem perlembagaan negara dan semua negara mesti menghormatinya tanpa memperlekehkan kita dengan membuat sendaan yang tidak berasas sama sekali."

Najib berkata kenyataan Hadi itu menunjukkan beliau tidak bersetuju dengan pendapat anggota Parlimen Australia itu yang mendakwa bahawa pendakwaan kes liwat terhadap Anwar adalah satu tindakan politik ataupun perbicaraan politik.

"Kita tidak pernah bersikap sedemikian dan kita akan tentukan prinsip adil akan berlaku bagi kesemua yang terlibat termasuk dalam kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita akan dapat perbicaraan yang adil...itu yang akan kita boleh bagi jaminan," katanya

Jumaat, Februari 12, 2010

PKR hilang satu kerusi parlimen… Zahrain umum keluar parti



Retak sudah jadi belah…itu kisahnya bagi senario politik pakatan pembangkang di Pulau Pinang.Ini bila Ahli Parlimen PKR kawasan Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan beliau keluar dari PKR.Beliau membuat pengumuman rasmi itu dalam sidang akhbar khas di sebuah hotel di Petaling Jaya jam 11 pagi Jumaat.Keputusan itu adalah kemuncak krisisnya dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang baru-baru ini didakwanya cauvinis dan berfikiran komunis.Guan Eng pula telah menafikan dakwaanya Zahrain.Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula backing Ketua Menteri itu.Zahrain telah diarah mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR.Dalam pilihanraya umum Mac 2008 Zahrain menewaskan calon BN-MCA Ooi Siew Kim dengan majoriti undi 11,029 undi.Beliau dapat 27,618 undi manakala Ooi 16,589.Zahrain ialah bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang sebelum digantikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman.Di Pulau Pinang dari 13 kerusi parlimen ,Pakatan pembangkang menang 11 kerusi.Dua kerusi yang dimenangi BN ialah Kepala batas dan Tasek Gelugor

Selasa, Februari 09, 2010

Dr Zambry Menteri Besar Perak yang sah...Nizar kata krisis politik Perak belum selesai

Apa yang belum selesai........mahkamah telah putuskan.....bahawa Dr Zamry menteri Besar Perak yang sah...Nizar dah dapat jawatan sebagai ahli parlimen jalankan lah kerja...cuba jikalau keputusan berpihak kepada nizar macam macam tohmahan dilemparkan terhadap BN....BN menang atau kalah kerajaan tetap dikutuk oleh pembangkang juga......kalau Dato' Harunsani Zakaria boleh keluarkan tulis apa yang berlaku di perak orang melayu perak dah mula buka mata.....fikir fikirkan dan cuba baca temu bual melenia bersama Dato' Harunsani Zakaria

Isnin, Januari 25, 2010

PERTANDINGAN BOLASEPAK KALAH MATI 11 SEBELAH



PADA TANGGAL 23 (SABTU) JANUARI 2010 YANG LALU PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, TELAH MENGANJURKAN PERTANDINGAN BOLASEPAK 11 SEBELAH (KALAH MATI)PIALA KETUA PEMUDA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA BERTEMPAT MINI STADIUM SETIAWANGSA.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SETAPAK JAYA 1A TELAH MENGHANTAR PASUKAN YANG BOLEH DIKETEGORIKAN, PASUKAN SATU MALAYSIA SEPERTI YANG DI MINTA OLEH KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA.

WALAUPUN PASUKAN YANG DIHANTAR HANYA MAMPU MELANGKAH KE PUSINGAN SUKU AKHIR SAHAJA SEMANGAT JUANG YANG DITUNJUKAN OLEH MEREKA SANGAT LAH DIPUJI.PADA SAINGAN SUKU AKHIR KITA TEWAS MELALUI TENDANGAN PENALTI 5 - 4 .